Welcome to bruneiONS.com

brineioONS.com is a weekly online magazine on art, lifestyle and culture
Twitter icon Facebook icon Browse Email
bruneiONS
25/11 Monday 09:25PM

logo arabization : the relevance to brunei darussalam

Syen Sofian

Penggunaan tulisan jawi adalah menjadi kebiasaan didalam pelbagai urusan terutamanya urusan yang berkaitan dengan jabatan-jabatan kerajaan di Negara
Brunei Darussalam, selain itu juga tulisan jawi digunakan dalam papan iklan, papan tanda arah dan papan tanda perniagaan. Melihat dari perspektif penjenamaan antarabangsa kepada keperluan peraturan tempatan, kita kadangkala melihat terdapat pelbagai penterjemahan yang agak pelik, dan biasanya terdapat konflik pemahaman dari segi perlindungan cap dagang dan juga sudut akta perlindungan intelek apabila identiti asal jenama terjejas dengan pemahaman penterjemahan yang dilakukan.

Contohnya jika diperhatikan, jenama seperti 'Pizza Hut' diterjemah dan ejaan jawinya berbunyi 'Pondok Pizza'. Konflik dari segi pendaftaran cap dagangan pastinya akan timbul sekiranya ada individu lain yang membuka perniagaan dengan jenama 'Pondok Pizza',
sedikit sebanyak pastinya akan menjadi tanda tanya berkenaan dengan ketulenan dan kaitannya dengan jenama antarabangsa yang asal iaitu 'Pizza Hut'. Berlainan pula jika dilihat dengan jenama 'Body Shop' dimana ejaan jawinya masih berbunyi 'Body Shop', mungkin ini kerana jika diterjemahkan ia sepatutnya berbunyi 'Kedai Badan'?.

Pelbagai lagi terjemahan yang boleh dikatakan agak pelik dan merumitkan pemahaman berkenaan hak intelektual dan isu perihal cap dagangan. Hal sedemikian tidak seharusnya diambil sambil lewa dan bukanlah untuk diketawakan, pengunaan tulisan jawi amatlah penting dan perlu dititik beratkan bukan sahaja dalam sektor awam malahan didalam sektor swasta. Adalah perlu penterjemahan berkualiti kedalam Bahasa Melayu dan pengunaan tulisan jawi yang mengikut keperluan terkini, agar ianya tidak dianggap sebagai perkara yang meremehkan dan sekadar mengikut kehendak pihak yang berkuasa supaya kelulusan tertentu akan diberikan, kebanyakan peniaga tidak mengambil endah mungkin kerana Bahasa Melayu dan tulisan jawi bukan secara asalnya kegunaan mereka.

Disini persoalan tentang bagaimana sepatutnya jenama harus dibezakan bagi penterjemahan untuk penulisan jawi dilakukan? usaha pihak yang berkaitan bagi memperbaiki isu ini telah sedikit kelihatan apabila penulisan jawi bagi jenama dan cap dagangan dilakukan secara fonatik atau mengikut bunyi asal. Secara rasional dan umumnya, nama tidak seharusnya diterjemah kerana itu mengubah bentuk asal dan keasliannya. Contohnya nama seperti 'Ahmad' adalah dari bahasa arab yang bermakna "yang terpuji', jadi jika ada syarikat dari timur tengah dengan jenamanya 'Ahmad & Partners' membuka cawangan tempatan, seharusnya ianya diterjemah kepada bahasa melayu, dieja dengan tulisan jawi dan ianya akan berbunyi 'Yang Terpuji dan Rakan Rakan'.

Dapat dilihat bagaimana penterjemahan jenama dilakukan berdasarkan bahasa asal yang lebih umum seperti Bahasa Inggeris atau Bahasa Cina, dan bukan bahasa ataupun perkataan yang lazim atau sudah menjadi kebiasaan didengari. Soalnya bagaimana pula dengan jenama didalam bahasa-bahasa lain yang pastinya boleh diterjemahkan kedalam Bahasa Melayu? tidak haruskah penterjemahan dilakukan supaya tulisan jawi boleh dilakukan dengan sebutan melayu?

Disini kita lihat bagaimana setiap jenama dilihat dan dinilaikan secara individu dan bukannya secara umum. Pemahaman berkenaan dengan isu penjenamaan dan perihal cap dagangan seharusnya diberikan perhatian, bukan sahaja untuk jenama antarabangsa malahan juga bagi jenama tempatan agar kekeliruan dapat di elakkan. Pelbagai contoh boleh kita ambil dan lihat dari adaptasi jenama-jenama antarabangsa di negara-negara yang menggunakan huruf-huruf yang bersamaan dengan penulisan jawi dimana pen
yesuaian dilakukan tanpa mengubah idea asal jenama mereka.

Hussein Alazaat, dari Jordan, meminati "tulisan" sejak dia kecil. Apabila dia berusia 10 tahun, beliau mula dengan tulisan tangan dan pada usia muda sebegitu, beliau mula melakarkan cipataan gaya 'Cubic Kufi' diatas kertas graf. Melihat bagaimana pereka muka taip atau 'typeface designer' yang sangat berbakat dari Jordan ini, kita dapat melihat dan meneroka bagaimana jenama-jenama antarabangsa dapat menyesuaikan jenama mereka tanpa mengubah idea asal penjenamaan mereka apabila mereka membuka operasi dan perniagaan di negara-negara timur tengah, khasnya dimana keperluan kerajaan tempatan yang agak serupa syarat-syaratnya dengan keperluan di Negara Brunei Darussalam.

Hussein telah menerokai banyak sekolah seni kaligrafi dan typografi, dari klasik dan tradisional kepada bentuk kontemporari dan 'experimental'. Beliau percaya dalam keaslian kaligrafi Arab sebagai ciri-ciri utama budaya Arab-Islam, dan dia sentiasa bersemangat untuk mengetengahkan kepada dunia tentang pengunaan seni Bahasa Arab.

Hussein memulakan perniagaan yang berjaya dengan memberikan bengkel kaligrafi Arab di Amman dan maklum balas dan interaktiviti di bengkel beliau amatlah menggalakan. Hussein juga telah mengambil bahagian dalam pelbagai projek-projek seni dengan Blouzaat, sebuah syarikat pengeluar baju'T' tempatan, beliau juga telah melakukan pelbagai jenis ilustrasi dan kerja-kerja kaligrafi untuk pelanggan tempatan dan antarabangsa, penerbit dan para pengumpul seni. Kita lihat sebahagian dari hasil karya beliau.



BRIEF ENGLISH VERSION

Jawi is used in billboards, directional and company signages in Brunei Darussalam, so when it comes to localization of international brands, there is usually a level of curiosity on how far will the brand identity be affected and how will the translation be done. We feature a very talented typeface designer from Jordan to explore how it is done in other countries with similar requirements.

Hussein Alazaat, from Jordan, loved the “Writing” since he was kid. When he was 10 years old, he began to enjoy handwriting and at that age, he started to develop his own Cubic Kufi style based on a graph paper.

Hussein has explored many artistic schools of calligraphy and typography, from the classical and traditional, to the contemporary and experimental forms. He believes in the originality of Arabic calligraphy as a main feature of the Arabic-Islamic culture , and he always aims to reflect it in the present life of Arabic art.

Hussein started a successful business giving Arabic Calligraphy workshops in Amman for beginners and non-Arabic residents. The feedback and interactivity at these workshops were amazing. Hussein has participated in many art projects with Blouzaat, an urban art T-Shirts company, and has also done different kinds of illustrations and calligraphy work for local and international clients, publishers and art collectors.


brunei art forum art exhibition
The Waterfront Art Gallery is lately abuzz with artists. The venue is now the place for the Brunei Art Forum's (BAF) Exhibition which will run through the months ... More

bruneions interview zul faden
Zul F - Singer. Songwriter. Model. Bruneian. Meet Brunei’s most well-known home-grown music talent who shot to fame in 2005 when he won the country’s first talent ... More

shooting on the streets
"Street photography is a type of documentary photography that features subjects in candid situations within public places such as streets, parks, beaches, malls, ... More

the art of animation - ambuyart style
Denny loved cartoons as a kid. He still loves cartoons as an adult. He loves them so much that he creates them, makes them move and lets them tell stories. Denny ... More